Friday, April 25, 2008

News : Pemulihan badan kehakiman tidak bermakna jika Zaki sebagai Ketua Hakim

Kuala Lumpur: Memetik laporan The Star ahad lepas, Naib Presiden PAS, Dato’ Hj Husam Musa berkata, pemulihan badan kehakiman di negara ini boleh dianggap tidak bermakna jika Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai ketua Hakim Negara yang baru.

Zaki pernah dilantik menjadi ahli jawatankuasa disiplin Umno dan kini adalah presiden Mahkamah Rayuan. Perlantikan beliau ke jawatan tersebut pernah mendapat tentangan dari pihak pembangkang kerana perlantikan tersebut tidak mencerminkan ketelusan kerajaan.

“Jika beliau dilantik sebagai Ketua Hakim negara maka cadangan untuk membuat perubahan adalah sia-sia, kerana perlantikan tersebut akan menyebabkan badan kehakiman masih berada dibawah kekuasaan politik.

Berdasarkan berita yang dipetik, beliau berkata perlantikan Zaki sebagai presiden Mahkamah Rayuan oleh kerajaan juga adalah sudah cukup untuk memburukkan keadaan apatah lagi jika Zaki dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim apabila Ketua Hakim sekarang sudah tamat perkhidmatan beliau.

Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad akan tamat perkhidmatan beliau hujung tahun ini dan Zaki adalah orang yang paling layak menggantikan beliau jika dikira dari segi hairaki jawatan.

Sedangkan Zaki pernah mempunyai hubungan dengan Parti Umno. Jadi perkara ini haruslah dilihat terlebih dahulu oleh kerajaan jika betul-betul ikhlas untuk membuat pembaharuan.

Pada Khamis yang lepas, Perdana Menteri pernah cadangan untuk membuat reformasi dalam sistem kehakiman untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman negara ini.

Termasuk dalam cadangan tersebut adalah tentang perlantikan hakim melalui badan khas supaya lebih terbuka dan telus.

Husam juga berkata, Parti beliau sangat senang dengan pendirian Pak Lah untuk membetulkan krisis kehakiman 1988 yang melibatkan Ketua hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abbas dengan membayar saguhati sebagai penghargaan kepada jasa beliau semasa memimpin badan kehakiman negara.

Tetapi bagi beliau adalah lebih baik jika Salleh Abas di lantik sebagai Yang Di Petuan mana-mana negeri di Malaysia yang tidak beraja sebagai mengenangkan jasa beliau.

No comments: